Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menafikan khabar angin beliau akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam tempoh terdekat kerana bimbang terdapat ahli DUN yang akan melompat parti.

Sebaliknya Azizan berkata, beliau selesa dengan keadaan sekarang dan tidak berhasrat untuk membubarkan DUN.

“Kalau saya berasa tak sedap, bila-bila masa saya boleh bubar DUN. Tapi sekarang saya rasa selesa, jadi tidak perlu,” katanya kepada pemberita di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Azizan diminta mengulas khabar angin beliau akan menghadap Sultan Kedah, Tunku Abdul Halim Muadzam Shah dalam tempoh terdekat bagi memohon perkenan Tuanku untuk membubarkan sidang DUN.

Azizan berkata, sebelum memulakan mesyuarat Exco pagi ini, beliau telah menghadap Sultan Kedah untuk memberitahu perkembangan politik, kewangan serta masalah yang dihadapi oleh kerajaan negeri.

“Saya memang selalu menghadap Sultan kerana saya adalah menteri besar di bawah pemerintahan Tuanku, jadi saya kena memaklumkan pada Tuanku apa yang berlaku di negeri ini.

“Bukan saya menghadap Tuanku untuk bincangkan mengenai pembubaran DUN,” jelasnya.

Kelmarin kita dikejutkan dengan perletakan jawatan ADUN Bukit Selambau,Arumugam Vengatarakoo.

Pilihan raya kecil yang akan mengisi kekosongan kerusi tersebut merupakan cabaran getir kedua belah pihak bagi membuktikan kekuatan masing-masing.

Saya diamanahkan untuk merasmikan majlis tamat belajar (perlimau gelanggang) bagi perguruan seni silat tongkat, diadakan dikampung Bechah Mulong, Peringat (Desa Taqwa). Seramai tiga puluh orang murid yang telah tamat belajar dibawah pimpinan seorang guru yang dikenali oleh murid-muridnya Abg Din. Majlis dimulakan pada pukul dua setengah petang dalam suasana yang cukup meriah. Pulut kuning bunga telur dihias rapi, gendang dang serunai memecah sunyi menegakkan bulu roma orang-orang yang ada angin silat. Orang kampung tua muda, kecil besar datang memenuhi kawasan gelanggan silat untuk sama-sama menyaksikan pertunjukkan pada petang itu. Majlis dimulakan dengan dipengerusikan oleh ust Rosli Abd Samat.

Teringat saya waktu kecil-kecil dulu, selepas sahaja menuai padi, gelangang-gelangang silat dibuka dikampung, kalau tidak pun gelangang boksing, anak-anak muda ramai yang datang belajar. Sebab itulah orang-orang dulu jarang yang tidak pandai bersilat, kalau tidak bersilat pun pandai boksing. Mereka gemar belajar, mungkin kerana tidak ada kerja yang nak dibuat, atau mungkin kerana hiburannya tak banyak seperti sekarang, tapi yang pasti mereka rajin menimba ilmu, lepas seperguruan seperguruan pula, lepas segelangang segelangang pula. Lepas mereka belajar silat jatuh, belajar silat tongkat pula, pendeknya mereka rajin.

(more…)

Berkata Arifbillah Shayiddi Sanusi ; “Sesiapa yang membaca doa ini pada setiap hari dan setiap malam tidak akan terkena anak panah, pedang, padah dan sesuatu yang dibenci dari seterunya. Dia juga tidak akan mati selama membaca doa ini, namun apabila sampai ajalnya dilupakan daripada membacanya.”

بسم الله الرحمن الرحيم

وصلى الله على سيدنا محمد وآله وصحبه وسلم تسليما دائما. حرست نفسي وأهلي ومالي وما حضرني أو غاب عنى بالحي القيوم الذي لا يموت. وألجأت ظهري فى حفظ ذلك للحى القيوم. وأصبحت وأمسيت في جوار الله الذي لا يرام ولا يضام ولايستباح وفي ذمته وضمانه الذي ولا يخفر ضمان عبده. واستمسكت بلعروة الوثقى ربي ورب كل شئ ورب السماوات والارض. لا اله الا هو فاتخذه وكيلا. توكلت على الله وعتصمت بالله وفوضت أمري الى الله. نعم القادر الله. فالله خير حافظا وهو أرحم الراحمين. ان وليي الله الذي نزل الكتاب وهو يتولى الصالحين. وصلى الله على سيدنا محمد وآله وصحبه وسلم تسليما عدد خلقه ورضاء نفسه وزنة عرشه ودوام ملكه ومداد كلماته. لقد جاءكم رسول من أنفسكم عزيز عليه ما عنتم حريص عليكم بالمؤمنين رؤوف رحيم. فان تولوا فقل حسبي الله لا اله الا هو. عليه توكلت وهو رب العرش العظيم.

(more…)

Kata Khalifah Alwalid bin Abdul Malik: Sesungguhnya rakyat akan binasa dengan binasanya wali (pemerintah) dan mereka akan baik dengan baiknya wali. Wahab bin Mambah pula berkata: Apabila seorang wali bercita-cita dengan kezaliman atau mengerjakan sesuatu yang zalaim, Allah akan memasukkan kekurangan pada ahli wilayah pemeritahannya, pada pekan, tanaman, uncang susu kambingnya dan lain-lain. Apabila dia bercita-cita dengan kebajikkan dan keadilan atau gemarkannya diberikan keberkatan kepada semua rakyat dalam wilayah pemerintahannya.

Kata setengah ahli sejarah: Seorang raja telah keluar berjalan dalam negeri pemeritahannya dengan cara sulit, lalu beliau menemui seorang lelaki yang memiliki seekor lembu yang kalau diperah susunya menyamai tiga puluh lembu lain. Raja merasa hairan dengan keadaan lembu itu dan bercita-cita untuk mengambilnya. Pagi besoknya dia datang lagi untuk melihat keadaan lembu itu, tetapi waktu diperah susunya hanya mendapat hasil separuh sahaja tidak seperti sebelumnya. Lalu Raja berkata kepada kepada lelaki yang tuan punya lembu itu: Adakah kamu tidak memelihara lembu ini dengan sebaiknya? Jawabnya: Tidak! Tetapi aku mengagak bahawa raja kami telah bercita-cita dengan kezaliman sehingga hilanglah berkatnya. Selepas itu raja pun bertaubat dan hatinya berjanji pada tuhan yang dia tidak akan mengambilnya, kemudian dia pergi pula keesokkannya pagi-pagi lagi, didapati hasil perahan susu lembu itu kembali banyak seperti biasa.

(more…)